|
..i love my man.. ![]() the most pampered princess republic polytechnic ALUMNI DANCING obsession DRAMA queen tarian dharma repfus3 i love my cinta ♥Siddiq♥ im his and nobody else! (: |
Saturday, 21 March 2009
3:29 pm
A short update.. Just wanna congratulate dearest bro Ashidy as he had successfully achieved his dreams.. Congrats!!![]() ![]() Article copied from: http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,138328,00.html? Berita Harian 21st March 2009 ARTIS BARU LAGU BARU ASHIDY DIJANGKA HANGAT Oleh Zaharian Osman "SEORANG lagi penggubah muda berbakat dijangka menempa nama tidak lama lagi. Apakan tidak, pada usia 14 tahun, beliau sudah mula berjinak-jinak menggubah, menulis, menyusun serta mengadun lagu. Malah, Ashidy Ridwan, kini 17 tahun, boleh berbangga kerana lagu gubahan, susunan, adunan dan hasil tulisan beliau berjudul Talking To Myself nyanyian Albert Jansen kini kerap mengisi ruang udara Perfect 10, sebuah stesen Inggeris. Kejayaan paling manis dikecapi dua tahun lalu, apabila lagu Inggeris, In My Heart, hasil terbitan dengan ongkos beliau sendiri diundi sebagai antara 10 lagu popular paling kerap didengari di alam maya. Kata pelajar Sekolah Kejuruteraan Audio itu: 'Memang saya minat menyanyi sejak usia 10 tahun tetapi tidak sangka ia memutik sehingga timbul minat mendalaminya.' Walaupun bukan berasal daripada keluarga seni atau muzik, anak keempat daripada lima adik-beradik ini mempamerkan potensi menjadi karyawan muzik berbakat besar suatu hari kelak. Rentetan kejayaan bermula pada 2005 apabila lagu gubahan dan susunannya, Di Sini, berjaya merangkul tempat pertama di pertandingan Dentaman Puisi anjuran Nusa dan Antarabangsa (Nuda), diikuti dengan menjadi johan keseluruhan di pertandingan Ignite, juga anjuran stesen Perfect 10 pada 2007. Pada tahun yang sama juga, Ashidy muncul sebagai pemenang di Platform 7 anjuran Beats Society yang pernah diterajui Imran Ajmain. Pertandingan ini juga mencungkil bakat seperti SleeQ dan Freaky Z. Dalam diam-diam, beliau berminat mendalami ilmu muzik khusus dari segi susunan lagu. Memperoleh bunyi bermutu dari segi adunan dan mastering kian mendorong Ashidy melahirkan lebih banyak lagu yang memenuhi cita rasa anak muda seusia beliau. Dengan merendah diri, beliau menambah: 'Muzik menjadi wadah saya meluahkan kreativiti karya yang ingin disampaikan.' Dalam diam-diam, Ashidy sudah pun merakamkan dua lagu berjudul Perpisahan dan Lemas Melihatmu yang ingin diperdengarkan kepada peminat lagu-lagu genre pop balada, hip hop dan R&B. Di sesi pradengar lagu Perpisahan, penulis jangka lagu ini bakal 'meletup' kerana gaya nyanyian Ashidy yang santai, relaks dan melodinya kuat serta susunan yang akan membuat mereka yang mendengar terpikat dengan suara beliau yang tampak 'jantan' meskipun masih muda. Apabila mendendangkan lagu Inggeris In My Heart pula, Ashidy lebih menyerlah kerana gaya penyampaian dan serta diksi jelas kedengaran. Memang Ashidy ada gaya seorang bintang remaja yang bakal menyinari persada muzik tanah air." muchlove, <3 -littlemisspikalove- |
..say what you've got to say..HATERS, BUZZ OFF! |
..and other related exits.. BYE! (:
♥AzmiRa DarL♥ ♥MasI DarL♥ ♥RynNie DarL♥ ~princess's dance cliques~ Danceworks!2008 JasMine ♥StyLesFromBeyond♥ ♥RosEs LiyaNa♥ ♥RosEs TrisYa♥ ~princess's emcee cliques~ Chaz Ali DaFam FreakyZ ♥ScripTz♥ ♥SerenaDe♥ ~princess's loyal friends~ Amy Levascera CouZie Ana FiDah MenTeL IfaA ♥JamiLah♥ PesTanA ♥YayA♥ ♥YaaYan♥ ♥YuHtEE♥ ~RP MCG~ ♥Ain *DharMa RePfuS3*♥ ♥Aini ToT *EndanG*♥ ♥DaniEl AmoRei Yew *SelaTra*♥ EkiN *SelaTra* ♥Ira *DharMa RePfuS3*♥ ♥JaJa BabY *EndanG*♥ ♥RissY *DharMa RePfuS3*♥ RP MCG SyiKin *DharMa RePfuS3* ♥wiRni *EndanG*♥ ~StyLe GrooVaz Crew faM~ ♥StyLe GroovAz Crew♥ BbOy ReYROC JoaNn MarsH SuLing ToBi ~princess's gentarasa 2009 cliques~ ♥GENTARASA 2009 OFFICIAL SITE♥ ♥AishAh♥ ♥Aimi♥ ♥AnwaR♥ ♥HaiKal♥ ♥Kat♥ SanWan SyazA ♥ZeA♥ credits
x
x
kindly dont remove! |